Iran cuba rampas kapal tangki Britain - Utusan Malaysia

Iran cuba rampas kapal tangki Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 11 Julai – Sebuat bot milik warga Iran yang lengkap bersenjata didakwa cuba merampas kapal tangki Britain di kawasan perairan Teluk semalam, namun berjaya dipatahkan oleh pasukan Tentera Laut Diraja Britain.

AFP yang memetik sumber CNN melaporkan bahawa bot Iran tersebut mengarahkan kapal tangki Heritage menukar laluan dan berlabuh di kawasan perairan Teheran.

Insiden itu dikesan oleh sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya memaklumkan kepada Kapal HMS Montrose.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kapal tentera tersebut mengiringi Heritage dan berjaya mengusir bot Iran berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini