Malaysia sokong Timor-Leste sertai ASEAN - Utusan Malaysia

Malaysia sokong Timor-Leste sertai ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Malaysia menyokong kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu ASEAN memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baharu ASEAN.

Beliau malah memberitahu, ia juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya Malaysia yang berpegang kepada konsep dan prinsip memakmurkan kejiranan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sendiri telah berpeluang untuk menyampaikan sokongan Malaysia kepada Timor-Leste secara terus sewaku lawatan Menteri Luar Timor Leste, Dr. Dionisio de Costa Babo Soares ke Malaysia pada 1 hingga 2 Julai lalu.

“Saya telah memaklumkan bahawa Malaysia sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam menyokong Timor-Leste untuk menyertai ASEAN sejak permohonan mereka pada lapan tahun lalu,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Wong Hon Hai (PH-Bukit Bendera) yang meminta menteri menyatakan status diplomatik dengan Timor-Leste dan adakah Malaysia menyokong kemasukan negara itu ke dalam ASEAN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini