Lahirkan usahawan, bukan peniaga pembelit, penipu - Utusan Malaysia

Lahirkan usahawan, bukan peniaga pembelit, penipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kerajaan mahu melahirkan usahawan bukan peniaga pandai membelit dan menipu pelanggan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu nilai teras seperti integriti dan kebolehpercayaan mesti diasuh sejak awal.

“Saya rasa inilah aspek paling mustahak untuk kita semai dan teliti semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada usahawan yang akan berjaya tanpa disiplin dan kesungguhan begitu juga perlunya sikap yang positif dan keberanian mengambil risiko,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Dasar Keusahawan Nasional 2030 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini