Troost-Ekong muncul wira Nigeria - Utusan Malaysia

Troost-Ekong muncul wira Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH- Jaringan pada minit terakhir William Troost-Ekong ketika membantu kemenangan 2-1 Nigeria ke atas Afrika Selatan, awal pagi tadi mengesahkan tempat pasukan itu di pentas separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika 2019.

Pertahanan tengah Nigeria itu, menyifatkan jaringan tersebut seperti ‘mimpi menjadi kenyataan’.

Troost-Ekong melakukan tandukkan jaringan kemenangan hasil sepakan sudut seminit sebelum permainan berakhir sekali gus membawa pasukannya mara ke peringkat empat terbaik buat kali ke-15 dalam 18 penampilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Detik ini seperti mimpi. Untuk menjaringkan gol yang amat penting untuk pasukan menakjubkan.

“Tugas saya bukan untuk menjaringkan gol. Saya adalah pemain pertahanan jadi saya gembira kami tidak mensia-siakan banyak peluang. Selepas mereka menjaringkan gol daripada situasi bola mati saya fikir kami perlu membalas dendam.

“Kami yakin yang kami boleh meledakkan gol sekali lagi dan tidak mahu mengharungi tambahan masa kerana ia pasti memenatkan tetapi saya fikir situasinya sama seperti Afrika Selatan,” katanya.

Nigeria yang kali terakhir memenangi satu daripada tiga gelaran pada 2013 akan bertemu sama ada Algeria atau Ivory Coast bagi perebutan tempat ke final. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini