Origi kekal di Anfield - Utusan Malaysia

Origi kekal di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON- Liverpool menawarkan kontrak jangka panjang baharu buat wira Liga Juara-Juara (UCL), Divock Origi umum kelab Inggeris berkenaan, semalam.

“Divock Origi menunjukkan komitmen terhadap masa depannya di Liverpool dengan menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Melwood,” kata Liverpool dalam satu kenyataan tetapi tidak menjelaskan mengenai tempoh kontrak tersebut.

Pemain antarabangsa Belgium itu tidak begitu menonjol di Anfield sejak tiba dari Lille pada 2014.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, dia berjaya meledak dua gol ketika Reds melakar kemenangan 4-0 ke atas Barcelona di separuh akhir UCL musim lalu untuk mengatasi defisit kekalahan 3-0 dalam aksi pertama.

Origi kemudian terus meledak pada aksi final menentang Tottenham bagi membantu Liverpool menjulang gelaran elit Eropah berkenaan buat kali keenam.

“Ia cerita yang hanya bola sepak boleh lakukan. Kami mahu menandatanganinya sekali lagi, melanjutkan kontraknya dan apa yang bagus adalah dia juga mahu kekal.

“Dia menyedari ia masa yang sukar tetapi kami tidak pernah berputus asa terhadapnya,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Dalam pada itu, Origi yang memasuki tempoh 12 bulan terakhirnya di Anfield dan perbincangan mengenai kontrak baharu tertangguh berikutan kebimbangan mengenai peluangnya untuk diturunkan.

“Saya amat gembira dapat menandatangani kontrak ini dan ia meningkatkan semangat pada permulaan musim, selain pada penghujung musim tahun lalu.

“Apabila saya perlu membuat keputusan, saya hanya mahu bercakap dengan kelab terlebih dulu selain wakil saya, tetapi perasaannya adalah saya sentiasa mahu kekal dan melanjutkan kontrak saya,” jelas Origi.

Origi menghabiskan dua daripada lima musimnya di Liverpool sebagai pemain pinjaman ke Lille dan Wolfsburg dan bersedia untuk meninggalkan kelab itu selepas dibayangi Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Daniel Sturridge. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini