Rintihan pemilik kuda cetus penubuhan CDERT Briged Ekuin - Utusan Malaysia

Rintihan pemilik kuda cetus penubuhan CDERT Briged Ekuin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJADIAN banjir besar yang melanda seluruh negara pada 2014 memusnahkan ribuan tempat tinggal selain mengakibatkan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Kelantan merupakan negeri yang paling teruk terjejas pada ketika itu apabila lebih 170,000 orang daripada kira-kira 36,000 keluarga terpaksa ditempatkan di 309 tempat perlindungan melibatkan lapan daerah.

Selain manusia, turut terjejas adalah binatang peliharaan dan ternakan seperti kuda, lembu, kambing, kucing serta anjing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Shuhaini Shafie berkata, sepanjang kejadian itu kira-kira 20 ekor kuda dilaporkan mati.

“Saya sebagai seorang penggemar sukan berkuda selain memiliki 18 ekor kuda pada ketika itu turut berasa sedih akibat kehilangan yang dialami rakan-rakan di negeri itu.

“Masih saya ingat bagaimana sedihnya mereka ketika menceritakan kejadian terpaksa menyaksikan sendiri kuda yang dibela dengan baik dengan kos yang begitu besar dihanyutkan oleh arus.

“Ada juga kuda yang terperangkap dalam bangsal sehingga mati kelaparan,” katanya.

Menurut Shuhaini, bantuan pada ketika itu tidak dapat disampaikan berikutan fokus penyelamat dan pihak berkuasa adalah kepada manusia dan harta benda di dalam rumah.

“Atas kesedaran inilah kami menggerakkan usaha sehingga tertubuhnya unit CDERT Briged Ekuin.

“Kuda-kuda ini haiwan bernyawa dan merupakan harta benda bagi pemiliknya. Kini kita ada kepakaran untuk menyelamatkan harta ini yang nilainya boleh mencecah RM80,000 seekor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini