Rangkaian sindiket pemerdagangan etnik Rohingya ditumpaskan - Utusan Malaysia

Rangkaian sindiket pemerdagangan etnik Rohingya ditumpaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 Julai – Polis negeri ini berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket pemerdagangan orang melibatkan etnik Rohingnya dengan tertangkapnya lima individu warga Myanmar pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran berkata, tangkapan itu dilakukan di tiga buah lokasi berasingan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini pada 14 Jun lalu.

Menurut beliau, mereka yang ditahan merupakan dua individu yang bertindak sebagai ejen penyeludupan; seorang ejen pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan dua mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketiga-tiga etnik Rohingya yang ditangkap dipercayai terlibat dalam menguruskan penyeludupan masuk warga Myanmar etnik itu ke negeri ini.

“Hasil tangkapan turut mendedahkan sindiket ini juga menjalankan sindiket pemalsuan kad UNHCR dalam kalangan komuniti Rohingya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga ejen itu ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (Sosma) manakala dua mangsa etnik Rohingya ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Dalam masa sama, katanya, polis negeri ini akan mempertingkatkan usaha mengesan sindiket rangkaian pemerdagangan orang tersebut dalam memastikan kegiatan itu dapat dihapuskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini