Pembiayaan Mara dipotong, ke mana peruntukan disalurkan? - Utusan Malaysia

Pembiayaan Mara dipotong, ke mana peruntukan disalurkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

1. Dalam jawapan bertulis Menteri Luar Bandar ketika pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakyat Malaysia, kepada Tan Sri Noh Omar pada 8/7/2019 mengenai bilangan pelajar dan peruntukkan Mara ke luar negara sejak 2016 hingga 2019 amatlah mengejutkan.

2. Jumlah para pelajar tajaan Mara dari 2016 adalah 4268 menurun kepada 3882 pada 2017,3165 pada 2018 dan amat menyedihkan selepas tampuk pemerintahan bertukar hanya 1,535 sahaja bilangan pelajar tajaan Mara mampu dihantar ke luar negara.

3. Ini amatlah menghairankan kerana jumlah tajaan pelajar Mara keluar negara seolah-olah telah dipotong melebihi separuh kuota. Apakah yang benar-benar terjadi sehingga begitu rendah sekali kemampuan Mara untuk menghantar golongan anak bangsa yang cemerlang serta berkebolehan melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mendalami kepakaran serta ilmu pendidikan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

4. Bukan setakat bilangan pelajar yang dipancung sehingga melebihi separuh kuota, kadar perbelanjaan pembiayaan Mara yang dahulunya gah kini menjunam hanya sekadar RM223,517,536 setakat 31 Mei 2019.

5. Mara membelanjakan lebih RM1.5 bilion pada tahun 2016 untuk menghantar anak-anak cemerlang ini ke persada universiti antarabangsa yang berprestij sebagai timbal balas kecemerlangan dan harapan membawa ilmu teknologi serta kehebatan pendidikan luar ke dalam negara akhirnya tersungkur dengan pembiayaan pembelajaran yang begitu rendah sekadar RM223,517,536.

6. Pemotongan pembiayaan Mara melebihi 80 peratus adalah sesuatu yang mengejutkan. Kemanakah semua pembiayaan MARA dan segala urus tadbir Kewangan dalam Mara?

7. Wirawati Putra berasa terkilan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang seolah cuba merahsiakan perkara ini. Kementerian seharusnya memberi tulisan jawapan yang lebih terperinci mengenai alasan pemotongan pembiayaan yang terlalu tinggi.

8. Rakyat maklum Mara adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Bandar yang amat penting dalam membangunkan modal insan anak watan terutamanya di dalam sektor pendidikan.

9. Bagaimanakah rakyat boleh menerima peruntukkan dan bilangan pelajar yang digugurkan tanpa alasan bernas dan kukuh dari sebuah agensi yang berpuluh tahun menjaga kebajikan Bumiputera dalam mencongak kecemerlangan Pendidikan bangsa dan negara.

10. Ironinya, Kementerian Kewangan boleh menyalurkan jutaan ringgit kepada pendidikan kaum yang tidak tercatit pelaksanaannya di dalam klausa Perlembagaan Persekutuan negara tetapi Kementerian Luar Bandar seolah mahu menyekat kecemerlangan anak didik bangsa.

11. Wirawati Putra serta rakyat Malaysia khususnya golongan bumiputera mahukan penjelasan terperinci dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar mahupun Ketua Pengarah Mara dalam isu ini. Potong subsidi bukan suka-suka.

12. Wirawati Putra muak dengan penjelasan hutang negara. Mohon kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar memberi penjelasan jelas, terperinci,bernas. Kami skeptikal. – UTUSAN ONLINE

Penulis merupakan Ketua Wirawati Putra

Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini