JAKARTA 10 Julai – Pasukan bola sepak Persib Bandung hadir ke sesi latihan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Senayan, Jakarta Pusat dengan kawalan ketat oleh pihak polis.
Lapor Tribunnews, skuad bola sepak yang diberi jolokan Maung Bandung itu terpaksa menaiki tiga kenderaan perisai untuk ke stadium.
Selain itu, tiga motosikal yang ditunggangi oleh polis bersenjata turut mengiringi kenderaan tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kawalan ketat yang diberikan kepada pemain Persib Bandung merupakan prosedur dan juga syarat ditetapkan oleh PT Liga Indonesia Baru (LIB). – AGENSI











