PAN dakwa berlaku penipuan - Utusan Malaysia

PAN dakwa berlaku penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 10 Julai – Parti Amanat Nasional (PAN) mempertikai hasil pengiraan undi pemilihan legislatif di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Dapil Jawa Timur 5 selepas mendakwa berlakunya penipuan.

Lapor CNN Indonesia, PAN mendakwa proses pengiraan undi tidak dilakukan di tempat pemungutan suara (TPS) tetapi di rumah ketua kampung.

“PAN mengesyaki penglibatan ketua kampung di mukim Kwanyar kerana pengiraan undi di beberapa TPS dilakukan di rumah ketua kampung, bukan di TPS yang berkaitan,” kata peguam PAN, Wiwin Ariesta ketika menyampaikan petisyen di Mahkamah Perlembagaan (MK), Jakarta semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Wiwin, penipuan itu berlaku di seluruh TPS di Desa Batah Timur, wilayah Bangkalan, mukim Kwanyar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini