Trending #TunM94, selamat hari lahir Dr. Mahathir! - Utusan Malaysia

Trending #TunM94, selamat hari lahir Dr. Mahathir!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Ucapan selamat hari lahir buat Perdana Menteri Ketujuh Malaysia hari ini berterusan memenuhi ruangan setiap laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Dalam laman Twitter, ucapan itu menjadi trending, #TunM94 dengan rata-rata pengguna berkongsikan pandangan mereka mengenai pentadbiran Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat dan sekarang.

Antaranya, pemilik akaun Twitter@ehhitsadam dalam ucapan selamat hari lahirnya melihat Dr. Mahathir telah mencipta pelbagai sejarah sepanjang hidupnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Individu yang memajukan Malaysia, mencipta sejarah dan ‘wajah’ Malaysia. Dr. Mahathir seorang yang dihormati di seluruh dunia kini berusia 94 tahun, namun masih gagah. Selamat hari lahir Tun M!” katanya.

Sementara itu, terdapat juga pemilik akaun Twitter iaitu @MohdJamie menggelarkan Dr. Mahathir sebagai Batman yang sebenar.

“Selamat hari lahir Batman @chedetofficial. Tun Mahathir adalah Batman sebenar,” kongsinya.

Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 ketika berumur 56 tahun dan meletakkan jawatannya pada 2003.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Dr. Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri yang tertua di dunia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini