Luca Zidane sertai Racing Santander - Utusan Malaysia

Luca Zidane sertai Racing Santander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Real Madrid mengumumkan bahawa anak kepada pengurus kelab gergasi Sepanyol itu, Luca Zidane akan menyertai pasukan divisyen kedua, Racing Santander secara pinjaman pada musim depan.

Luca Zidane, penjaga gol berusia 21 tahun merupakan produk daripada sistem pembangunan bola sepak remaja kelab tersebut bersama abangnya, Enzo dan mereka berdua menerima bimbingan oleh Zinedine.

Zidane yang kembali menyertai Real sebagai jurulatih pada Mac lalu memberi peluang kepada kepada Luca untuk beraksi menentang Huesca di Santiago Bernabeu yang menyaksikan mereka menang 3-2 dan itu merupakan kali kedua dia diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Luca Zidane memenangi kejohanan Eropah (Euro) Bawah 17 (B-17) pada 2015 bersama Perancis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini