Prestasi Verstappen semakin luar biasa - Utusan Malaysia

Prestasi Verstappen semakin luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Prinsipal Red Bull, Christian Horner tanpa berselindung mengakui bahawa pelumbanya, Max Verstappen lebih baik berbanding juara dunia lima kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton.

Pelumba Belanda, Verstappen meraih kemenangan pertamanya musim ini pada Grand Prix (GP) Austria dan keputusan itu meletakkannya berada di kedudukan ketiga dalam carta kedudukan pelumba musim ini.

“Jika diikutkan prestasi pelumba dalam tempoh 12 bulan, Verstappen merupakan pelumba terbaik dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanakah saya menyokong perkara ini? Dia (Verstappen) tidak memandu jentera terbaik tetapi bila kita lihat keputusan sejak perlumbaan di Montreal tahun lalu, dia tidak melakukan sebarang kesilapan dalam beberapa prestasinya.

“Hamilton mendapat manfaat menerusi pengalamannya. Dia (Hamilton) masih pelumba terpantas dan berada di dalam jentera yang terbaik.

“Verstappen akan menjadi pelumba terbaik pada suatu hari nanti.

“Adalah hebat untuk sukan (F1) melihat kedua-dua pelumba (Hamilton dan Verstappen) bersaing sesama mereka.

“Selepas Daniel Ricciardo meninggalkan pasukan ini (Red Bull), Verstappen mengambil tugas sebagai pelumba utama,” katanya.

Kemenangan di Austria pada minggu lalu menjadi detik manis buat Honda selepas kali terakhir mereka memenangi perlumbaan adalah ketika di GP Hungary pada tahun 2006.

Ia juga merupakan kejayaan pertama mereka bagi era enjin hibrid turbo V6. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini