Juventus sediakan dana £120j untuk bida Pogba - Utusan Malaysia

Juventus sediakan dana £120j untuk bida Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Juventus dilaporkan telah menyediakan dana berjumlah £120 juta (RM620.42 juta) bagi membida pemain tengah Manchester United, Paul Pogba dalam masa terdekat.

Pada bulan lalu, pemain antarabangsa Perancis itu mengakui mahu mencari cabaran baharu sehingga dia dikaitkan dengan penghijrahan ke Real Madrid atau kembali bersama bekas pasukannya di Turin.

Laporan terkini mendedahkan bahawa Juventus merupakan pasukan yang paling menunjukkan minat terhadap Pogba kerana Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici adalah peminat tegar pemain berusia 26 tahun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, United dikatakan mahu Pogba kekal di Old Trafford kerana identiti pemain berkenaan boleh digunakan bagi tujuan komersial dan pemasaran produk United ke seluruh dunia.

Terdapat juga laporan yang mendakwa United bersedia melepaskan Pogba sekiranya menerima tawaran lumayan.

Pemerhati bola sepak, Neil Custis percaya United tidak rugi jika mereka menjual Pogba lebih-lebih lagi selepas pemain tersebut mengakui tidak gembira di Old Trafford gara-gara sering dicemuh penyokong sendiri.

“Apabila tiba musim baharu, jika Pogba masih menyarung jersi United, dia akan dicemuh penyokong sendiri sebaik menyentuh bola. Saya fikir, lebih baik lepaskan Pogba bagi mencari dana untuk mendapatkan pemain yang sentiasa mengutamakan matlamat kelab.

“Pogba bukan pemain yang boleh mengubah permainan, jadi mereka patut lepaskan pemain berkenaan bagi mendapatkan dana bagi membeli pemain baharu,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini