Pelajar Unisel kutip 150kg sampah di Pantai Remis - Utusan Malaysia

Pelajar Unisel kutip 150kg sampah di Pantai Remis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOTONG-ROYONG. Sebanyak 150 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip 48 penuntut Universiti Selangor (Unisel) menerusi Kempen Bebas Plastik sempena Program Kesedaran Alam Sekitar bertemakan Sayangi Pantai Kita di Pantai Remis, Jeram, Selangor baru-baru ini.

Pengarah program, Mohd. Ashraf Hanapi berkata, kesemua peserta merupakan penuntut yang mengambil subjek Khidmat Masyarakat dan mereka melahirkan rasa gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab mengekalkan kebersihan alam sekitar.

Jelasnya, program itu juga diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan semangat kesukarelawan dalam diri setiap peserta.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini