Matthew selamatkan maruah Tok Gajah - Utusan Malaysia

Matthew selamatkan maruah Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kapten Pahang, Matthew Davies muncul wira selepas meledak gol kemenangan pada penghujung perlawanan untuk menumpaskan PKNS FC 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Dalam saingan tersebut, skuad Tok Gajah terlebih dahulu berada di depan menerusi calon Anugerah Puskas, Herold Goulon pada minit ke-30, sebelum Muslim Ahmad yang juga pemain pertahanan menjaringkan gol kedua buat Pahang.

Pasukan pelawat yang dibimbing Datuk K Rajagobal kemudian merapatkan kedudukan hasil jaringan Kpah Sherman pada minit ke-60, sebelum Gabriel Guerra menyamakan kedudukan enam minit berselang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika lawan menjangkakan mampu mencuri satu mata, Matthew memastikan tuan rumah mengutip mata penuh, sekali gus mengekalkan kedudukan di tempat kedua carta dengan 36 mata, manakala PKNS di kedudukan kelapan (20 mata).

Dalam saingan di Stadium Hang Jebat, Melaka United mendaki ke tangga ketiga Liga Super selepas menewaskan PKNP FC 2-1 menerusi jaringan Angan Davy pada minit ke-41 dan Patrick Reichelt (m-59), manakala pasukan pelawat daripada Giancarlo Lopes (m-13).

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Liga Super di Stadium Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mengikat Kedah 2-2 dengan jaringan tuan rumah disumbangkan oleh Sanjar Shaakhmedov dan Kipre Tchetche, manakala skuad Lang Merah daripada Shakir Hamzah serta Baddrol Bakhtiar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini