Saya tidak tahu mengapa jawapan dia begitu - isteri kedua PU Abu - Utusan Malaysia

Saya tidak tahu mengapa jawapan dia begitu – isteri kedua PU Abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Abu iaitu Hana Azraa musykil dengan jawapan yang diberikan suaminya itu berkenaan status rumah tangga mereka. 

Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd. Zakir menerusi satu pesanan WhatsApp kepada Kosmo! berkata, lelaki itu sudah tahu situasi sekarang bagaimana. 

“Saya tidak tahu kenapa jawapan dia begitu sedangkan dia tahu situasi kami macam mana. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maaf ya, saya tidak dapat ulas lebih terperinci lagi,” jelas Hana ringkas. 

Terdahulu, PU Abu atau nama lengkapnya, Muhammad Abu Sufyan berkata kepada Kosmo! Online bahawa hubungannya dengan isteri keduanya itu masih baik. 

“Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja,” dedah PU Abu. 

Hari ini, selepas dua bulan menceraikan isteri pertama, Ain ‘Afini Latif, PU Abu terus dibelenggu kontroversi apabila  Hana mendedahkan mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini