‘Senjata nuklear tiada tempat dalam Islam’ – IRGC - Utusan Malaysia

‘Senjata nuklear tiada tempat dalam Islam’ – IRGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 9 Julai – Dunia menge­tahui Iran tidak akan membangunkan senjata nuklear.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami susulan ‘ancaman’ Teheran untuk menghasilkan pengeluaran uranium kepada 20 peratus, iaitu melebihi daripada paras yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear 2015.

“Mengapakah mereka me­ngenakan sekatan global terhadap kami (Iran) sedangkan dunia tahu kami tidak akan meneruskan senjata nuklear. Sebenarnya mereka menyekat kami kepada ilmu pengetahuan. Senjata nuklear tidak mempunyai tempat dalam Islam. Islam tidak pernah membenarkan senjata pemusnah besar-besaran,” katanya se­perti dilaporkan Reuters.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Iran memberi amaran kepada negara kuasa dunia bahawa mereka tidak akan mendapat ‘tawaran’ yang lebih baik selain perjanjian nuklear 2015 memandang­kan Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk tidak membenarkan Teheran membangunkan senjata atom.

Iran dilaporkan melanggar perjanjian pengayaan uranium kepada 4.5 peratus dalam cubaan menekan kuasa dunia lain untuk menunaikan janji. Pun begitu mengikut perjanjian yang dimeterai ketika era bekas Presiden AS, Barack Obama itu, Iran hanya dibenarkan melakukan pengayaan uranium pada 3.67 peratus.

Sementara itu, Naib Pre­siden AS, Mike Pence berkata, perjanjian antarabangsa hanya berupaya menangguhkan Iran daripada mendapatkan senjata nuklear untuk kira-kira satu dekad selain membiayai bantuan ekonomi berbilion dolar untuk serangan pengganas.

Beliau menegaskan AS tidak akan membenarkan Iran untuk membangunkan senjata nuklear.

Pence mendakwa, meski­pun AS berjaya mematahkan keupayaan Iran untuk terus menyokong kumpulan bersenjata di Asia Barat namun republik Islam itu dilihat semakin rancak meningkatkan ‘aktiviti jahat’ dan keganasan sejak beberapa bulan lalu.

Ketegangan antara kedua-dua kuasa dilihat semakin meningkat baru-baru ini selepas AS menyerang kapal tangki Iran selain menghantar beribu-ribu tentera, kapal pengangkut pesawat, pengebom B-52 dan jet tempur pejuang ke Asia Barat.

Tindakan itu memaksa Iran untuk menembak jatuh ‘dron pengintip’ Global Hawk milik AS selepas menceroboh ruang udaranya di selatan pesisir Hormozgan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini