Parlimen: 95,110 veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara - Utusan Malaysia

Parlimen: 95,110 veteran ATM terima Bantuan Harapan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 95,110 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima RM500 seorang dibawah inisiatif Bantuan Harapan Negara 2019 sejak 27 Mei lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan inisiatif itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM79.68 juta untuk diagihkan secara ‘one-off’ RM500 seorang kepada 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.

“Pemberian ini merupakan sebahagian penghargaan kerajaan kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara serta menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM,” katanya. – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini