Ribut kencang terbangkan khemah peniaga - Utusan Malaysia

Ribut kencang terbangkan khemah peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Kira-kira 30 penjual pasar malam pekan Selising, dekat sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila khemah jualan mereka diterbangkan angin ribut, petang semalam.

Menurut seorang peniaga, Fatimah Abdullah, 45, kejadian kira-kira pukul 4 petang itu bermula dengan angin kencang diikuti hujan lebat.

Menurutnya, disebabkan itu para peniaga gagal membuka perniagaan kerana tempat meletak barangan jualan rosak selain ketiadaan pelanggan apabila sekitar kawasan itu digenangi air selama dua jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami terpaksa meninggalkan khemah jualan dan mencari tempat yang selamat di premis berdekatan,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini lewat petang semalam.

Bagaimana pun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

SEORANG peniaga mengutip dulang selepas barangan jualannya diterbangkan angin
SEORANG peniaga mengutip dulang selepas barangan jualannya diterbangkan angin di Selising, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – UTUSAN ONLINE

Seorang lagi peniaga, Ismail Mamat, 40, berkata, sebahagian peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila bekas makanan termasuk kuali turut diterbangkan angin.

Menurutnya, mereka gagal menyelamatkan barangan jualan kerana lebih mengutamakan keselamatan mereka.

“Kita tidak menduga ribut yang berlaku begitu kencang dan pantas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini