Tempat duduk percuma untuk jemaah haji kurang upaya - Utusan Malaysia

Tempat duduk percuma untuk jemaah haji kurang upaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 9 Julai – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan mengenai jumlah tempat duduk penerbangan percuma untuk jemaah haji kurang upaya, yang akan diperuntukkan dalam program tanggungjawab sosialnya.

Lapor Saudi Gazette, program itu diperkenalkan buat kali pertama tahun ini.

Menurut kementerian tersebut, bagi syarikat yang membawa 500 orang jemaah atau kurang daripada itu, dua tempat duduk percuma akan diberikan kepada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi syarikat yang membawa antara 501 hingga 1,500 jemaah, empat tempat duduk percuma akan diberikan.

Manakala untuk syarikat yang membawa 1,501 hingga 2,501 jemaah, enam tempat duduk percuma diberikan kepada mereka.

Selain itu, lapan tempat duduk percuma akan diberikan bagi syarikat yang membawa lebih 3,500 jemaah haji. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini