Tielemans sertai Leicester secara kekal - Utusan Malaysia

Tielemans sertai Leicester secara kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Leicester mendapatkan khidmat Youri Tielemans secara kekal dari Monaco selepas pemain tersebut menunjukkan aksi memberangsangkan sepanjang tempoh pinjaman pada musim lalu.

Pemain Belgium itu menandantangani kontrak selama empat tahun dengan Leicester membayar 40 juta pound (RM207 juta).

Tielemans menjaringkan tiga gol mencipta empat gerakan gol dalam 13 perlawanan bersama Leicester selepas dipinjamkan selama enam bulan dari kelab Perancis pada Januari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu perasaan yang cukup hebat apabila menandantangani perjanjian bersama kelab ini. Sejak saya tiba secara pinjaman pada musim lalu, semua pemain staf dan penyokong memberi sokongan yang menggalakkan dan itu membuatkan saya teruja untuk menjadi pemain Leicester.

“Saya percaya dengan bakat yang ada dalam skuad ini kami mampu mencapai sesuatu yang istimewa. Saya tidak sabar untuk bermula sekali lagi dengan kelab ini dan saya akan lakukan sedaya upaya untuk membantu rakan sepasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini