Parlimen: Ambil alih empat lebuh raya tidak libat perbelanjaan kerajaan - Utusan Malaysia

Parlimen: Ambil alih empat lebuh raya tidak libat perbelanjaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang dengan kos RM6.2 bilion tidak melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan kerana dibiayai dengan penerbitan bon, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga berkata, kutipan caj kesesakan yang dicadangkan adalah mencukupi untuk membayar balik hutang bon berkenaan serta menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya tanpa memerlukan peruntukan kementerian.

Empat lebuh raya itu katanya ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) serta Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini