Pakai 15 helai baju elak bayar caj bagasi - Utusan Malaysia

Pakai 15 helai baju elak bayar caj bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Julai – Seorang penumpang pesawat Easyjet mencuri tumpuan warganet apabila memakai sebanyak 15 helai pakaiannya semata-mata mahu mengelak caj bagasi berlebihan ketika dia dalam perjalanan pulang dari Perancis, baru-baru ini.

Lapor Mail Online, John Irvine, 46, dari Bearsden dekat Glasgow, bertindak memakai pakaian seberat lapan kilogram (kg) daripada bagasinya untuk mengelak dikenakan caj bagasi berlebihan.

Easyjet mengenakan peraturan caj bagasi berlebihan sebanyak 12 euro (RM55.80) sekilogram dan ini bermakna Irvine perlu membayar seba­nyak 96 euro (RM446) bagi berat bagasi berlebihan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah video yang dirakamkan oleh anak lelakinya, Josh menunjukkan Irvine sedang mengenakan pakaian daripada bagasinya secara berlapis di hadapan kakitangan kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Nice, Jumaat lalu.

Bapa berketurunan Sepanyol itu memakai kira-kira 15 helai baju kemeja termasuk baju sejuk sebelum berat bagasinya mencapai had yang dibenarkan.

Irvine kemudian dilihat berjalan di sekitar lapangan terbang itu dalam keadaan menggelabah dengan pakaian tersebut.

Sementara itu, Irvine berdepan masalah ketika cuba melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang selepas dipercayai cuba menyeludup sesuatu pada bajunya namun dia akhirnya dibenarkan masuk.

Video yang dimuat naik dalam Twitter itu kemudiannya tular sehingga menarik lebih setengah juta tontonan dan 28,000 tanda suka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini