Usaha membawa pulang Jho Low perlu dilakukan secara berhati-hati - Utusan Malaysia

Usaha membawa pulang Jho Low perlu dilakukan secara berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Usaha membawa pulang ahli perniagaan yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low memerlukan langkah yang cermat dan berhati-hati.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, ia bagi memastikan usaha berkenaan tidak tersilap langkah.

“Kita tidak mahu pihak berkuasa di negara di mana Jho Low sedang bersembunyi berasa seolah-olah kita mahu menekan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, perundingan masih sedang dijalankan dengan pihak berkuasa di negara tersebut,” katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama Warga Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Mengulas lanjut, beliau turut memberitahu, pihaknya berharap pihak berkuasa di mana Jho Low bersembunyi memahami keperluan membawa pulang ahli perniagaan terbabit.

“Saya harap mereka faham mengenai keperluan membawa pulang Jho Low bagi menghadapi proses undang-undang di negara ini.

“Setakat ini, proses berkenaan sedang berjalan dan kita tidak meletak sebarang tempoh yang ditetapkan dalam usaha membawa pulang Jho Low,” jelasnya.

Kosmo! pada 22 Mei lalu melaporkan, Jho Low akan dibawa pulang ke negara ini tidak lama lagi selepas polis menemui petunjuk baharu dalam gerakan memburu individu itu.

Petunjuk baharu itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan kerana dibimbangi boleh menganggu tugas penguatkuasaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini