Milner pukau barista - Utusan Malaysia

Milner pukau barista

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang barista di sebuah kafe kelu lidahnya apabila James Milner dan rakan sepasukan Liverpool, Adam Lallana datang mahu membeli minuman.

AKSI seorang barista ketika melihat Milner berdiri di depannya. – AGENSI

Lallana memuat naik klip di Instagram menyaksikan pekerja kafe itu kelihatan teruja apabila melihat bekas pemain tengah Manchester City tersebut memasuki premis berkenaan sebelum menjalani latihan pra musim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam klip video tersebut memaparkan barista itu seperti tidak percaya pelanggan yang muncul dihadapannya adalah pemain Liverpool.

Peminat yang masih terkejut itu bertanya kepada Milner bagaimana dia melakukan ujian laktik semasa hari pertama latihan pra musim.

Milner berkata;’Saya sudah melakukannya.

Peminat itu berkata lagi;’Standard. Anda tidak kelihatan seperti usia anda?

Lallana menulis kapsyen klip video tersebut dengan berkata;’Untuk adil – saya juga memberi reaksi yang sama ketika saya berjumpa James Miler buat kali pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini