Pindaan undi umur 18 tahun ditolak jika dua syarat tidak diterima - Utusan Malaysia

Pindaan undi umur 18 tahun ditolak jika dua syarat tidak diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pihak pembangkang akan menolak pindaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun sekiranya dua syarat yang ditetapkan tidak diterima oleh kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)mahu pendaftaran golongan berkenaan dilakukan secara automatik selain menurunkan had umur calon pilihan raya kepada usia sama.

Katanya, pindaan Perlembagaan itu memerlukan sokongan majoriti dua per tiga atau 148 undi daripada 222 ahli Parlimen di Dewan Rakyat di manaundi daripada pihak pembangkang adalah diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Minggu hadapan akan ada perbahasan untuk pengundian had umur pengundi dan ia perlu mendapat suara dua per tiga daripada majoriti di DewanRakyat sebelum pindaan itu diluluskan.

“Ini bermakna, mereka memerlukan pertolongan daripada kita (pembangkang) untuk bersetuju dengan pindaan itu. Bagaimanapun, pendirian kita jelas yang golongan berusia 18 tahun ini mestididaftarkan secara automatik di mana mereka tidak perlu mendaftar di mana-mana tempat yang digazetkan untuk mendaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tambun di Bangunan UMNO negeri di sini hariini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Bahagian UMNO Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah.

Menurut beliau, sekiranya syarat mengundi berusia 18 tahun itu dipinda, maka mereka yang berusia sama juga boleh menjadi calon pilihan raya dan ia terpulang kepada parti masing-masing.

“Dulu kita tetapkan usia 21 tahun kerana diukur berdasarkan kematangan namun dengan sistem pendidikan dan sosial kini, usia 18 tahun telahpun dikira matang.

“Banyak negara-negara juga telah menurunkan had umur pemilih termasuk di Indonesia di mana kelayakan bagi mereka yang mengundi di negara ituditurunkan kepada usia 17 tahun,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini