Pendidikan berperanan penting pupuk hubungan antara kaum - Utusan Malaysia

Pendidikan berperanan penting pupuk hubungan antara kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Julai – Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, bahawa sistem pendidikan berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Baginda bertitah, semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah seiring dengan usaha untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum di samping memberi penekanan kepada subjek Sejarah untuk mengukuhkan lagi jati diri rakyat.

“Sistem pendidikan berperanan dalam menjadi medium penting sebagai pemangkin perpaduan kaum di negara ini,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini pagi ini.

Sultan Ibrahim dan Dr. Maszlee
SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR (kiri) berkenan menerima kunjungan Dr. Maszlee Malik dalam satu pertemuan termasuk mengadakan perbicangan tentang sistem pendidikan negara di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/Ihsan Johor Press Office

Pertemuan dengan Sultan Johor berlangsung lebih sejam dan Dr. Maszlee turut mendapatkan pandangan Baginda berhubung hala tuju serta sistem pendidikan negara.

Sultan Johor turut bertitah menekankan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah tanpa mengenepikan bahasa Melayu.

“Begitu juga dengan cadangan di mana Bahasa Mandarin dan Tamil boleh turut dipelajari bersama-sama dan menjadi kelebihan dalam penguasaan Bahasa.

“Kemahiran menguasai pelbagai Bahasa bukan sahaja suatu perkara baik, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum,” titah Sultan Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini