Dikir sambil berdakwah - Utusan Malaysia

Dikir sambil berdakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persembahan dikir barat diberi nafas baharu oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) melalui penganjuran pertandingan dikir dakwah di Pentas Utama Piacuff, Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 25 Julai ini.

PPj dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu diadakan sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya.


PROGRAM pertandingan Dikir Dakwah 2019 yang akan berlangsung di Putrajaya pada 25 Julai ini.

“Remaja berumur 13 hingga 21 tahun yang berminat boleh menghantar penyertaan kepada pihak kami dan ia adalah percuma.

“Mereka berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 sekiranya bergelar juara. Tempat kedua pihak kami menawarkan RM1,000 manakala RM800 bagi tempat ketiga,” katanya dalam kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Muhamad Rafiq Abdul Rahman di talian 012 6756055. – UTUSAN ONLINE.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini