Lelaki maut kenderaan rempuh SUV - Utusan Malaysia

Lelaki maut kenderaan rempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan yang terbabas ke lorongnya dalam kejadian di Persiaran Tujuan di USJ 2, Subang Jaya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa, Jordan Low Han Zheng, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintenden Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush dipandu seorang wanita berusia 26 tahun dari arah USJ 4 hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa yang berada di laluan tersebut tidak sempat mengelak dan bertembung dengan SUV berkenaan.

“Kereta dipandu mangsa kemudian turut merempuh sebuah lagi kenderaan di lorong tengah sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang berada di belakangnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azman, pemandu SUV tersebut hanya mengalami kecederaan ringan manakala dua lagi pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan saksi kejadian diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini