Polis dan hospital Chicago disaman - Utusan Malaysia

Polis dan hospital Chicago disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 6 Julai – Polis dan hospital di Chicago berdepan tindakan undang-undang setelah menghentikan mesin soko­ngan hayat pesakit yang salah sekali gus mengakibatkan pesakit itu meninggal dunia.

Lapor Straits Times, Hospital Mercy didakwa telah menamatkan mesin sokongan hayat pesakit bernama Elisha Brittman yang disangka adalah Alfonso Bennett.

Kejadian bermula apabila Brittman yang ditemukan di bawah sebuah kereta dalam keadaan bogel dan cedera parah dimasukkan ke hospital berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Brittman yang mengalami kecederaan parah pada wajahnya disahkan polis sebagai Bennett.

Ekoran keadaan Brittman, hospital menghubungi pihak keluarga mangsa untuk membe­ritahu keadaannya dan meminta mereka membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau menghentikan mesin soko­ngan hayat pesakit berkenaan.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila pihak hospital yang sepatutnya merujuk keluarga Brittman, melakukan kesilapan dengan menghubungi ahli keluarga Bennett.

Kakak Bennett, Yolanda Harvey terpaksa memutuskan untuk menghentikan mesin bantuan hayat pesakit yang disangka sebagai abangnya dan Brittman meninggal dunia tiga hari selepas itu.

Namun keluarga Bennett yang dalam proses mempersiapkan upacara pengebumian untuk lelaki tersebut menerima kejutan besar apabila Bennett secara tiba-tiba muncul dalam satu majlis dianjurkan rakannya.

Proses kenal pasti mayat dilakukan semula dan keputusan pengesanan cap cari mengesahkan lelaki yang mati itu sebagai Brittman.

Susulan kejadian itu, pihak keluarga Brittman dan Bennett bertindak memfailkan saman terhadap Polis Chicago dan Hospital Mercy di Illinois kerana kecuaian.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini