Gempa 7.1 Richter landa California - Utusan Malaysia

Gempa 7.1 Richter landa California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 6 Julai – Kurang 24 jam California Selatan dilanda gempa bumi sekuat 6.4 magnitud, satu lagi gempa berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku malam tadi yang disifatkan sebagai gegaran paling kuat direkodkan di wilayah itu dalam 20 tahun.

Gempa itu menggegarkan bangunan dan mengakibatkan bekalan elektrik di sebahagian tempat di Los Angeles terputus namun tidak mengakibatkan kerosakan besar atau kematian.

Pusat gempa cetek yang berlaku berhampiran sebuah bandar kecil, Ridgecrest kira-kira pukul 8.19 malam waktu tempatan itu disifatkan ahli seismologi sebagai ‘urutan’ gempa bumi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gegaran itu dirasai sejauh 240 kilometer dari Los Angeles ketika bomba mengerahkan jentera dan helikopter memeriksa kerosakan kediaman dan penduduk yang memerlukan bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Brian Humphrey memberitahu, berlaku kerosakan wayar yang mengakibatkan gangguan tenaga elektrik di beberapa bandar di Los Angeles namun tiada kemusnahan teruk dilaporkan.

Jabatan Bomba San Bernardino berkata, anggotanya di timur Los Angeles menerima panggilan kecemasan termasuk seorang mangsa dilaporkan cedera ringan.

Sementara itu, ahli geofizik Zach Ross memberitahu, lebih 1,400 gegaran susulan berlaku selepas gempa kelmarin.

“Bencana seperti ini akan mencetuskan gegaran susulan untuk bertahun-tahun,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini