KULAI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri perjumpaan khas bersama pimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor di sebuah hotel di Senai sebentar tadi.
Ketibaan Dr. Mahathir pada 9.20 malam itu disambut Pengerusi Bersatu negeri, Mazlan Bujang.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr. Maszlee Malik.
Sebelum menghadiri perjumpaan itu, Dr. Mahathir turut mendengar taklimat tertutup daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di hotel yang sama.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersama IRDA mendengar taklimat berhubung perkembangan pembangunan Iskandar Malaysia daripada Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim.
Taklimat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang juga Pengerusi Bersama IRDA dan Setiausaha Kerajaan negeri yang merupakan Ahli Lembaga IRDA, Datuk Azmi Rohani. – UTUSAN ONLINE











