Tok Gajah sedia amuk Warga Kota - Utusan Malaysia

Tok Gajah sedia amuk Warga Kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Pahang elak diaibkan Kuala Lumpur menjelang perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pasukannya tidak boleh memandang rendah kemampuan Kuala Lumpur yang kini menghuni tangga ketiga tercorot liga.

“Kuala Lumpur kini berada di zon yang kurang selamat untuk terus kekal pada sai­ngan Liga Super musim depan, jadi mereka pasti tampil dengan aksi terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Skuad ibu kota itu turun dengan misi memungut tiga mata dan kita tidak boleh biarkan ia menjadi kenyataan kerana kita juga perlukan kemenangan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Mohammed Suffian, skuad Tok Gajah tidak boleh beraksi sambil lewa ke­rana kekalahan akan menyebabkan misi menamatkan saingan liga di tangga kedua akan terbantut.

“Kita masih ada lima perlawanan sebelum melabuhkan tirai musim ini dan sasaran kita ialah mahu menang kesemuanya,” ujarnya.

Beliau memberitahu, jentera serangan perlu beraksi dengan lebih baik untuk merobek kubu lawan dan semua peluang di depan gol perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Kita menagih aksi lebih bertenaga daripada Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kiambi pada jentera serangan manakala benteng pertahanan juga perlu diperkukuh­kan,” jelasnya.

Pahang kini menghuni tangga kedua liga setelah mengutip 30 mata selepas 17 perlawanan, namun kekurangan satu lagi aksi berbanding pasukan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini