Ma’ruf beri bayangan Kabinet baharu - Utusan Malaysia

Ma’ruf beri bayangan Kabinet baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 5 Julai – Bakal Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin mendedahkan sedikit gambaran mengenai barisan Kabinet baharu untuk penggal kedua pemerintahan Pre­siden, Joko Widodo atau Jokowi.

Lapor CNBC Indonesia, perkara itu didedahkan oleh Ma’ruf ketika bertemu dengan Naib Presiden, Jusuf Kalla di pejabat Naib Presiden di Jakarta Pusat, semalam.

“Yang pasti tentu ada pihak dari parti gabungan dan profesional, lebih kurang begitu,” kata Ma’ruf.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenyataan Ma’ruf menguatkan lagi spekulasi rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Menurut sumber, Jokowi sedang mempertimbangkan untuk menggantikan sejumlah anggota Kabinet sebelum pelantikannya sebagai Presiden.

“Belum (ada perbincangan). Beliau (Jokowi) menyatakan perbincangan akan diadakan dalam bulan ini. Jumlah anggota belum disahkan apatah lagi orangnya,” kata Ma’ruf.

Sementara itu, Naib Setiausaha Tim Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma’ruf, Ahmad Rofiq berkata, Jokowi ingin melantik ahli politik muda dalam senarai Kabinetnya.

Katanya, Jokowi turut me­minta TKN mencari calon Menteri yang bukan sahaja muda tetapi juga cantik dan cerdas.

“Salah seorang menteri berusia antara 20-30 tahun, pintar dan cantik. Maksudnya, Jokowi mengambil berat tentang generasi muda,” jelas Ahmad.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini