Awaspada dilancar September ini - Utusan Malaysia

Awaspada dilancar September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan melancarkan program awas media sosial dan permainan dalam talian (Awaspada) pada awal September ini bagi bertujuan menangani kesan negatif daripada penyalahgunaan media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber MCPF, Prof. Dr. Mohamad Fauzan Noordin berkata, program itu akan dijadikan platform dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada generasi muda terhadap isu jenayah siber seperti penipuan dalam talian, pornografi, pencerobohan data dan lain-lain.

“Perkara ini amat serius memandangkan jenayah siber yang berlaku ketika ini telah mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit selain menyebabkan peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Statistik jenayah siber yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 4,385 kes jenayah siber dilaporkan bagi Januari hingga Mei tahun ini dengan anggaran kerugian sebanyak RM225 juta,” katanya dalam sidang akhbar mengenai jenayah siber di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini