Ayuh kumpul saham akhirat - Utusan Malaysia

Ayuh kumpul saham akhirat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMALAN wakaf bukanlah perkara baharu, malah ibadah tersebut telah dimulakan selepas Rasulullah berhijrah dan menjadikan kota Madinah sebagai pusat pengembangan Islam.

Pedoman

Pada era awal kebangkitan Islam di Madinah itu, Rasulullah sering menggalakkan para sahabat menginfaqkan harta atau apa sahaja yang sesuai untuk mengembangkan lagi ajaran Islam.

Ia sejajar dengan keperluan Islam masa itu yang amat memerlukan modal, tanah dan kekuatan ilmu bagi menyebar luaskan ajaran Islam sama ada dalam atau luar tanah Arab.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keperluan itu sejajar dengan Firman Allah dalam Surah al-Imran: 32 maksudnya: “Kamu tidak akan sampai ke martabat paling tinggi dalam darjat pahala untuk masuk ke syurga Allah sehingga kamu menginfaqkan harta paling kamu sayang.”

Menyelusuri sejarah, firman Allah itu telah mendorong seorang sahabat bernama Abu Talhah untuk mewakafkan sebidang tanah yang mempunyai telaga dan ladang buah tamar paling subur di Madinah.

Tanah yang terletak di Bairuha itu bukan hanya disayangi oleh Abu Talhah tetapi turut menjadi tumpuan utama penduduk sekitar kota itu.

Saranan itu juga sebagaimana sabda Nabi Muhammad maksudnya: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – Riwayat Muslim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini