MAQIS rampas bahan dagangan import tiada permit lebih RM475,000 - Utusan Malaysia

MAQIS rampas bahan dagangan import tiada permit lebih RM475,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pahang/Terengganu merampas bahan dagangan Corn Cob atau Serbuk Empulur Jagung dan Yeast Extract dari China keseluruhan bernilai lebih RM475,000 kerana tidak mempunyai permit sah di Pelabuhan Kuantan di sini bulan lalu.

Rampasan pada 13 Jun lepas itu dibuat selepas jabatan tersebut menahan empat buah kontena di pintu masuk pelabuhan tersebut.

Pengarah MAQIS Pahang/Terengganu, Nur Syazwina Abu Somad berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua daripada empat buah kontena tersebut membawa barangan Corn Cob yang mempunyai berat 40,020 kilogram bernilai RM57,605.75 dan selebihnya barangan Yeast Extract seberat 39,600 kilogram bernilai RM417,449.89.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua bahan dagangan import tersebut yang dipercayai bagi tujuan pemprosesan bahan makanan haiwan didapati tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh MAQIS seperti Permit Imoprt (IP) dan Lesen Import Makanan Haiwan.

“Syarikat terlibat telah dikenakan dikompaun RM25,700,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nur Syazwina, perbuatan mengimport sesuatu barangan tanpa permit yang sah menjadi kesalahan di bawah sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Amta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen 11(3).

Mengikut seksyen berkenaan, katanya, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“MAQIS sentiasa tegas, cekap dan teliti dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan di semua pintu masuk seluruh Malaysia bagi menjamin keselamatan sumber pertanian dan makanan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini