Cetus kebimbangan - Utusan Malaysia

Cetus kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Ketidakpastian yang berlaku dalam peralihan kuasa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri mencetuskan kebimbangan dalam landskap ekonomi.

KUALA LUMPUR 12 FEBRUARI 2019 – Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dengan cuaca yang cantik, di sini, hari ini.Gambar : Abdul Razak Latif** TRX, Tun Razak Exchange, KLCC, Menara KL, Menara Berkembar Petronas.

Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) berkata, peralihan kepemimpinan yang lancar adalah penting dalam memastikan kestabilan politik dan kesinambungan serta pelaksanaan dasar selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan negara pada Mei 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana, katanya, ia membawa kepada persepsi perjuangan kuasa dalaman sama ada di dalam mahupun antara pihak yang membentuk gabungan PH.

“Khabar angin dalam arena politik tempatan boleh menjadi gangguan untuk menjalankan dasar ekonomi dan pembaharuan di tengah-tengah prestasi bercampur kerajaan PH dalam tempoh setahun mengambil alih kerajaan serta keadaan dan prospek ekonomi global yang mencabar.

“Oleh itu, kami berhati-hati tetapi constructive terhadap makro ekonomi Malaysia untuk separuh kedua tahun ini,” katanya dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Tambah firma penyelidikan itu, terdapat beberapa perkara lain yang turut menyebabkan Maybank IB berhati-hati bagi prospek pertumbuhan separuh kedua tahun ini.

Antaranya, jelas firma itu, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selain pendekatan berhati-hati yang diambil perniagaan di tengah-tengah ketidakpastian luar dan perubahan dasar yang jelas dalam negeri.

Katanya, selain itu, penurunan dalam sentimen pengguna serta pertumbuhan pendapatan yang perlahan berikutan perbelanjaan pengguna yang sederhana juga antara faktor Maybank IB menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia daripada 4.7 peratus sebelum ini kepada 4.4 peratus.

Semakan menurun

“Semakan menurun mencerminkan ramalan pertumbuhan yang lebih rendah dalam sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan luar dan pelaburan.

“Ini memandangkan sikap berhati-hati kami terhadap prospek ekonomi dan perdagangan global, di tengah-tengah dasar domestik dan politik yang tidak jelas serta keyakinan perniagaan dan sentimen pengguna yang lemah,” katanya.

Kurang digemari

Mengulas mengenai ekuiti Malaysia, Maybank IB berkata, ekuiti tempatan menjadi antara ekuiti yang paling kurang digemari di rantau ini sejak separuh kedua 2018 disebabkan risiko dasar dan pertumbuhan pendapatan korporat yang lemah.

Ini katanya, ditambah lagi dengan kebimbangan mengenai keputusan FTSE Russel sama ada untuk mengekalkan akses pasaran Malaysia pada tahap dua yang akan mempengaruhi kelayakannya dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) adalah faktor utama mendorong arah aliran asing pada separuh kedua 2019.

“Dalam laporan terdahulu kami telah menggariskan tiga senario berpotensi iaitu yang pertama adalah optimis yang melihat Malaysia mengekalkan status WGBI, kedua kekal dalam senarai pemantauan atau yang ketiga penurunan tahap akses pasaran daripada Dua kepada Satu, menyebabkan ia terkeluar daripada WGBI.

“Kami jangkakan pengumuman akan dibuat seawal pada Ogos ini. Sekiranya senario terburuk berlaku, kami menganggarkan sebanyak RM15 hingga RM20 bilion aliran asing akan dibawa keluar daripada sekuriti kerajaan Malaysia (MGS).

“Malah, sebahagian besarnya disebabkan oleh penjualan oleh dana pasif kerana beberapa dana aktif mungkin telah keluar pada April dan Mei,” katanya.

Menurut firma itu, jumlah aliran keluar asing daripada hutang dalam ringgit berjumlah RM14 bilion pada April dan Mei, tetapi aliran keluar dari MGS sebenarnya lebih rendah iaitu sebanyak RM7.3 bilion.

“Satu lagi faktor yang boleh menjejaskan jumlah aliran keluar adalah sentimen pasaran bon serantau semasa pengumuman itu dibuat,” katanya.

1. Peralihan kepemimpinan yang lancar adalah penting

2. Berhati-hati tetapi constructive terhadap makro ekonomi

3. Ketegangan perdagangan antara AS dan China
masih beri kesan negatif

4. KDNK negara disemak menurun kepada 4.4%

5. Pasaran ekuiti tempatan paling kurang digemari sejak separuh kedua 2018

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini