Pemandu lori maut - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20.9, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa Mohd. Fuad Sairan, 26, maut di lokasi kejadian manakala dua kelindannya cedera parah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, hasil siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa datang dari Batu Pahat, Johor melalui lebuh raya tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, setiba sahaja di tempat kejadian mangsa dikatakan telah melanggar belakang sebuah lagi lori yang turut melalui lebuh raya itu.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa telah disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi pembantunya cedera parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius dan mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, hasil semakan mendapati lokasi kemalangan mempunyai lima lorong dan keadaan jalan juga kering.

“Siasatan lanjut dan proses mengesan waris mangsa masih giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini