Parkir berlopak, PPj ambil tindakan segera - Utusan Malaysia

Parkir berlopak, PPj ambil tindakan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Jun – Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menjalankan kerja-kerja pembaikan dalam kadar segera di tiga kawasan tempat letak kereta yang berlopak dan tidak rata di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.

Tiga lokasi berkenaan ialah di kawasan bersebelahan Jabatan Imigresen, kawasan parkir di hadapan Kementerian Pengangkutan serta kawasan terbuka di hadapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengarah Bahagian Jalan Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan PPj, Ir. Marzuki Abdullah berkata, PPj sentiasa memantau dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tempat letak kereta di Putrajaya dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, disebabkan faktor cuaca dan kadar penggunaan yang tinggi di ketiga-tiga kawasan menyebabkan kerosakan berlaku dengan kerap. Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan kos yang tinggi manakala jumlah peruntukan adalah terhad.

“Tempat letak kenderaan percuma di tiga lokasi itu juga merupakan inisiatif PPj untuk memberikan kemudahan kepada orang awam di lokasi yang menjadi tumpuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan lopak dalam dan tanah tidak rata di tiga kawasan terbuka yang dijadikan parkir awam di Putrajaya mengundang masalah kepada pengguna selain turut memberi imej negatif terhadap pusat pentadbiran negara.

Tambah Marzuki, bagi kawasan tempat letak kereta sementara dan percuma di hadapan KPKT orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan tempat letak kereta bertingkat.

“Kemudahan ini mempunyai 940 lot parkir yang dilengkapi fasiliti dan kamera litar tertutup dengan bayaran sangat minimum yang telah beroperasi sejak tahun 2015.

“Jarak di antara tempat letak kereta bertingkat dan pejabat-pejabat kerajaan di sekitarnya adalah dalam lingkungan 200 meter sahaja. Penggunaan parkir berkenaan sehingga kini sangat rendah iaitu hanya 10 pertaus sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini