Dominic Silva CEO baharu MIDF Amanah Investment Bank - Utusan Malaysia

Dominic Silva CEO baharu MIDF Amanah Investment Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) melantik Datuk Dominic Silva sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkuat kuasa hari ini.

Datuk Dominic Silva

MIDF dalam kenyataannya berkata, sebelum ini Dominic merupakan Timbalan CEO MIDF Amanah Investment Bank Bhd..

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, beliau merupakan Ketua Pelaburan dan Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd. selama sembilan tahun sebelum menyertai MIDF Amanah Investment Bank.

“Beliau turut berpengalaman bertugas di institusi perbankan antarabangsa antaranya di Singapura, Amsterdam dan Hong Kong selama 18 tahun.

“Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Astro Holdings Sdn. Bhd. (Malaysia), pelbagai bank dan syarikat dalam kumpulan CIMB, Infrastructure Development Finance Co. Ltd. India dan beberapa organisasi terkemuka,” katanya di sini hari ini.

Susulan pelantikan Dominic, MIDF Amanah Investment turut mengumumkan pelantikan Ahmad Gazzara Czillich sebagai Ketua Bersama Pasaran Hutang.

Beliau sebelum itu bertugas di Danajamin Nasional Bhd..

Menurut firma penyelidikan itu, seorang lagi ahli perbankan pelaburan kanan yang berpengalaman luas dalam kewangan korporat dijangka menyertai pasukan kewangan korporat pada bulan depan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini