SHAH ALAM 1 Julai – Empat individu termasuk lelaki warga Sepanyol ditahan Jabatan Imigresen dalam satu serbuan kerana melanggar pas lawatan sosial dengan mengadakan pertunjukan di Pusat Kovensyen Ideal, Seksyen 15, di sini.
Kesemua mereka yang berumur 28 hingga 41 tahun tahun ditahan dalam satu program Geek Summit 2019 iaitu acara pertunjukan pentas permainan cosplay atau meniru gaya sesebuah watak dalam komik atau animasi.
Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi yang dijalankan itu menyasarkan penganjuran program antarabangsa permainan kostum (Cosplay) yang tidak mendapat kebenaran daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Berita berkaitan:
“Kita telah memeriksa seramai 13 warga asing yang menyertai program tersebut dan menahan tiga wanita warga Jepun dan seorang lelaki warga Sepanyol atas kesalahan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











