Plat TMJ, RZ: Pembangkang DUN Johor tuntut penjelasan Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Plat TMJ, RZ: Pembangkang DUN Johor tuntut penjelasan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini membawa usul tergempar berkenaan soalan lisan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong di Dewan Rakyat berkaitan nombor plat TMJ dan RZ yang menghina Institusi Diraja Johor untuk dibahaskan.

Bagaimanapun, usul tergempar itu yang dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohammad ditolak Speaker DUN, Suhaizan Kaiat yang berpendapat ia tidak perlu disegerakan biarpun perkara itu beliau anggap penting.

Tindakan Suhaizan itu membuat barisan pembangkang kecewa kerana isu berkenaan tidak sewajarnya dibangkitkan seorang Ahli Parlimen dari negeri ini dan boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap Institusi Diraja Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Hasni (BN-Benut), usul itu dibuat bagi menuntut Parlimen dan kerajaan negeri menyatakan pendirian terhadap soalan lisan Ahli Parlimen Labis berkenaan nombor pendaftaran TMJ dan RZ sama ada ia daftarkan secara sah dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tambahnya, Ahli Parlimen Labis itu turut mempersoalkan sekiranya nombor pendaftaran itu sah, adakah kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran dibenarkan di atas jalan raya.

“Ini soalan yang boleh dianggap hina institusi diraja kerana sebagai rakyat Johor selama ini kenderaan dengan nombor pendaftaran TMJ dan RZ digunakan untuk menghadiri majlis dan program anjuran kerajaan.

“Maka kami pembangkang merasakan bahawa kita perlu ambil persolaan ini secara serius dan sukar bagi kami untuk menerima sekiranya usul itu dianggap tidak perlu disegerakan,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Dun di sini hari ini.

Justeru, katanya, pembangkang menganggap tindakan Ahli Parlimen Labis itu tidak wajar dan pada masa sama menuntut Dewan Rakyat membuat penjelasan bagaimana soalan itu diterima walaupun tidak dijawab secara lisan.

Tambah Hasni, pihak pembangkang turut menuntut DUN Johor menyatakan pendirian berhubung perkara tersebut.

“Kita perlu nyatakan pendirian kita, speaker kata nak minta Menteri Besar atau Exco jawab semasa sesi penggulungan….saya pelik, macam mana nak jawab sebab usul perlu dibahas dan perlu keputusan dengan undian dan bukannya untuk dijawab,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini