Chong Wei cabar pemain Malaysia atasi pencapaiannya - Utusan Malaysia

Chong Wei cabar pemain Malaysia atasi pencapaiannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap ada pemain Malaysia yang mampu meleburkan rekodnya selaku pemain yang menghuni ranking No. 1 dunia paling lama.

Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu menerima pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book of World Records atas pencapaian cemerlangnya apabila muncul sebagai satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking No. 1 dunia selama 348 minggu atau enam tahun lapan bulan.

Chong Wei juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut selain memenangi 69 kejuaraan individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih The Brandlaureate Book of World Records. Anugerah ini sangat bermakna buat saya. Saya amat berharap pemain yang bakal pecah rekod saya ini nanti pun anak Malaysia, yang lagi hebat, lagi mantap, mungkin lagi handsome,” katanya dalam entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya semalam.

Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu menerima anugerah itu dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Khamis lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini