Mayat buruh tergantung bersama nota - Utusan Malaysia

Mayat buruh tergantung bersama nota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI – Mayat seorang buruh ditemukan tergantung di pokok rambutan di belakang rumahnya di sebuah kampung di Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.37 tengah hari, mayat itu ditemukan oleh isterinya sendiri tergantung di pokok berkenaan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Turut ditemukan bersama lelaki berusia 25 tahun itu adalah sekeping nota di dalam poket bajunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nota berkenaan tertulis; “Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang, assalamualaikum.. salam terakhir”.

Ia dipercayai ditujukan kepada isterinya yang berusia 42 tahun.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, sebelum kejadian, lelaki itu sempat mengambil isterinya yang bekerja di hospital berhampiran kira-kira pukul 8 pagi.

BURUH-GANTUNG
 

Menurutnya, ketika di rumah, berlaku sedikit perbalahan antara mereka dipercayai akibat rasa cemburu mangsa terhadap isteri.

“Kira-kira pukul 1 petang ketika sedang memasak, isterinya melihat suaminya memegang tali dan keluar dari rumah itu.

“Selepas selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan menjumpai lelaki itu tergantung di pokok di belakang rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Fauzi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini