Usaha pencarian Kyeong Young An diteruskan - Utusan Malaysia

Usaha pencarian Kyeong Young An diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) membabitkan seorang pelancong warga Korea giat dijalankan memasuki hari kedua hari ini.

Menurut portal Utusan Borneo, Mangsa, Kyeong Young An, 18, warga Korea dilaporkan hanyut kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Operasi Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB1), Hamsa Isnirdini berkata, mangsa didakwa hanyut di perairan Karambunai Sepanggar, Sabah ketika menjalankan aktiviti air bersama rakannya sebelum hanyut di tengah laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digegaskan ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dijalankan bersama anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya.

Tambahnya, Operasi hari kedua diteruskan dengan sepasukan anggota BBP Kota Kinabalu diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Hasbi Hajat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini