RM50 teman minum, menari - Utusan Malaysia

RM50 teman minum, menari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Solaris, di sini semalam.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan dilakukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Operasi yang bermula pukul 11 malam itu telah menahan 21 GRO warga Thailand termasuk dua warga Laos yang kesemuanya berusia lingkungan 21 hingga 47 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun disyaki pengurus premis turut ditahan selain rampasan resit jualan dan wang tunai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rohazah, GRO tersebut mengenakan tip sebanyak RM50 kepada pelanggan untuk menjadi teman minum dan menari.

Jelasnya, pusat hiburan tersebut pernah diserbu sebelum ini pada bulan Mei.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini