Rapinoe ranap harapan Perancis - Utusan Malaysia

Rapinoe ranap harapan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 29 Jun – Megan Rapinoe mengakui, hari ini adalah malam (awal pagi waktu Malaysia) yang tidak akan dilupakan, selepas dua jaringannya telah membantu Amerika Syarikat (AS) menjejakkan kaki ke separuh akhir pada Piala Dunia Wanita, setelah menundukkan Perancis 2-1 di Paris.

Sepakan percuma penyerang itu lima minit selepas sepak mula berjaya melepasi benteng yang dibina pasukan lawan dan terus membolosi pintu gol yang ternyata mengejutkan penyokong tuan rumah di Parc des Princes.

AS berjaya menyerap tekanan sebelum mereka melebarkan jurang kedudukan pada babak kedua permainan, apabila Rapinoe menyumbat gol hasil hantaran Tobin Heath. Meskipun Perancis berusaha bangkit menerusi jaringan Wendie Renard, namun, keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan yang berlangsung tegang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad bimbingan Jill Ellis mencatat pertembungan dengan England pada separuh akhir di Lyon, Rabu minggu depan, dalam usaha mereka mempertahankan gelaran dan sekali gus merangkul Piala Dunia buat kali keempat.

“Kami gagal menguasai bola dengan baik malam ini, tetapi fokus kami ialah bertahan dan sentiasa bersedia serta disiplin yang kami pamerkan amat mengagumkam.

“Kami memanfaatkan sebaik mungkin segala peluang yang diperoleh, jadi kami kini berjaya mara ke peringkat seterusnya, itu yang paling penting. Perlawanan di Paris ini tidak akan kami lupakan,” kata Rapinoe, 33.

Pemain yang mewarnakan merah jambu rambutnya itu memainkan peranan penting sepanjang pertandingan tersebut dan dia juga mendominasi tajuk akhbar apabila bertikam lidah dengan Presiden AS, Donald Trump tentang keengganannya hadir ke White House jika AS menjulang Piala Dunia.

Rapinoe telahpun meledak dua gol sewaktu melakar kemenangan ke atas Sepanyol pada pusingan sebelum ini dan dia kini berkongsi kedudukan teratas selaku penjaring terbanyak dengan lima gol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini