Warga emas maut, cucu cedera dalam kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Warga emas maut, cucu cedera dalam kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Jalan Mantin-Seremban dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Mohd. Nor Anawar Din yang beralamat di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara dipandu mangsa berlanggar dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa kejadian kereta Proton Saga dipandu mangsa itu dalam perjalanan dari arah Pekan Mantin menuju ke Beranang.

KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mantin-Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE
KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mantin-Seremban hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Kereta itu kemudian bertembung dengan sebuah Toyota Vios yang memasuki laluan mangsa dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, Mohd. Nor Anawar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, penumpang Proton Saga yang juga cucu mangsa, Nur Alisha Danish Hisrall, 4, mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar bagi menerima rawatan.

Kata beliau, pemandu Toyota Vios iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun cedera di bahagian dada dan turut dihantar ke hospital sama.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini